Wednesday, October 28, 2009

PENGIKLANAN

NUR IDAYU BINTI ABU BAKAR (DP0708035)

1. Fungsi pengiklanan
Fungsi pengiklanan adalah untuk membina kesedaran tentang produk dan jenama tersebut. Selain itu juga, pengiklanan bertujuan untuk membina imej sesuatu jenama yang ingin ditonjolkan oleh syarikat tersebut. Pengiklanan juga memberi segala informasi dan maklumat tentang produk dan jenama yang dikeluarkan. Melalui pengiklanan, ianya dapat memujuk para pembeli untuk mencuba atau membeli produk tersebut. Pengiklanan ianya berfungsi unuk memberi insentif kepada pembeli seperti jaminan atau rebat sebagai salah satu strategi dalam mempromosikan produk tersebut. Ianya juga adalah berperanan untuk memberi peringatan kepada pengguna tentang jenama tersebut supaya ianya akan diingati selalu. Malah, pengiklanan juga dapat menguatkan jenama tersebut.
2. Kepentingan pengiklanan
Kepentingan pengiklanan dalam industry automotif adalah untuk mempromosikan sesuatu jenama dan produk. Pengiklanan juga dapat memberi kesedaran kepada para pengguna tentang wujudnya jenama tersebut. Selain itu, melalui pengiklanan para pembeli dapat mengetahui tentang informasi dan maklumat produk serta menyedari sekiranya terdapat produk baru yang dikeluarkan. Pengiklanan juga penting kerana melaluinya, industry automotif dapat menenukan sasaran pasaran dengan membina idea yang kreatif untuk memujuk bakal pembeli. Dengan pengiklanan, pengguna dapat memberi satu tanggapan yang positif terhadap produk dan jenama tersebut. Selain itu juga, pengiklanan penting untuk mempromosikan dan membangunkan jenama tersebut.

3. Ferrari, Bently dan Aston Martin merupakan jenama kenderaan yang terkenal di dunia. Oleh itu, kenderaan ini tidak memerlukan media massa untuk mempromosikan jenama ini. Kekuatan jenama yang dibangunkan dan diterapkan melalui strategi penjenamaan jenama tersebut menjadikan tahap kesetiaan pengguna tinggi dalam menilai jenama tersebut. Tanggapan pengguna terhadap jenama ini adalah positif dan baik. Selain itu juga, jenama tersebut berjaya membentuk konsep untuk jenama mereka dengan konsep yang ingin ditonjolkan.

No comments:

Post a Comment