Wednesday, October 28, 2009

NAMA : WAN ARIFF HUSSAINI BIN WAN MOHAMED
MATRIK : DP0708001


1) Nyatakan dengan jelas fungsi pengiklanan.
Pengiklanan ialah komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang keluaran, barangan, perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenal pasti dan dilakukan melalui pelbagai media. Memberi pengenalan kepada keluaran (barangan dan perkhidmatan) dan membezakannya daripada orang lain. Mengenal pasti dan dapat membezakan keluaran di pasaran melalui jenama, pembungkusan, harga dan sebagainya lagi. Menyampaikan maklumat tentang keluaran, ciri-cirinya, spesifikasi dan temapt jualan (bagi barangan).Menggalakkan pengguna mengguna keluaran baru dan mencadangkan penggunaan ulangan (melalui faedah-faedah yang ditonjolkan mendorong pengguna mencuba dan membeli). Mendorong jualan promosi; melalui insentif-insentif yang diberikan, seperti peraduan, potongan harga, kupon, rayuan iklan yang berulang dan sebagainya lagi ia mendorong pengguna membuat pembelian ulangan.Mmenggalakkan pengedaran sesuatu keluaran dengan penggalakkan pembelian dan permintaan bertambah mendorong peruncit atau pemborong untuk membuat tempahan dan menyimpan stok.Membina keutamaan dan kesetiaan jenama (brand loyalty). wujud melalui kepuasan pengguna ke atas nilai, mutu, kualiti sesuatu keluaran itu.




2) Jelaskan kepentingan pengiklanan di dalam industri automotif
Kepentingan pengiklanan di dalam indusri automotif adalah memperkenalkan model kenderaan yang di keluarkan oleh syarikat permotoran di dunia.Ia nya juga untuk menaikan dan melariskan sesuatu produk yang hendak di jual itu. Industi automotif bergantung kepada pengiklanan kerana pentingnya dari segi memasarkan barangan tersebut. Iklan juga membantu untuk mewujudkan kesedaran, untuk memujuk para pelanggan, untuk menunjukkan imej (konsisten) dan juga untuk mengingati tentang sesuatu barang itu. Jika mana-mana industi automotif membuat cara seperti di atas maka ianya menjadi pilihan yang tepat dalam memajukan bidang automotif ini.




3) Mengapakah jenama-jenama mewah seperti Ferrari,Bentley dan aston martin tidak memilih media massa seperti surat khabar dan tv untuk mempromosi jenama mereka tetapi jualan kereta mereka begitu baik.

Jenama-jenama mewah seperti Ferrari,Bentley dan aston martin tidak memilih media massa seperti surat khabar dan tv untuk mempromosi jenama mereka tetapi jualan kereta mereka begitu baik kerana ini di sebabkan kenderaan mereka masing-masing memiliki kelainan dan kehebatan yang tersendiri. Jenama kereta mewah tidak asing lagi bagi golongan yang berkemampuan dan yang meminati kereta seperti ini. Ferrari adalah sebuah jenama yang paling terkenal di dunia ini, kereta ini memiliki peminat yang tersendiri melalui acara perlumbaan seperti F1 dan lain-lain lagi. Ferrari adalah kereta yang mempunyai kuasa yang amat laju ketika memandunya. Ianya juga mempunyai ciri-ciri kereta yang di geruni ketika berada di atas jalan raya seperti enjin yang tahan lasak dan laju, bentuk yang menawan hati sesiapa pun yang melihatnya dan cirri keselamatan yang baik. Dengan adanya semua maka jualan kereta ini begitu laris dan harganya pun berpatutan. Bentley pula, memiliki cirri-ciri yang sama dengan Ferrari tetapi hanya di gunakan oleh orang yang kaya sahaja seperti kebanyakan artis-artis luar yang gemar menggunakannya. Harga kereta Bentley lagi mahal berbanding dengan Ferrari.
Akhir sakali adalah kereta aston martin, kereta ini mempunyai gaya yang tersendiri untuk melariskan penjualan kereta tersebut. Aston martin memiliki kelajuan yang kurang berbanding dengan kereta seperti Ferrari dan Bentley.tetapi paling di minati bagi golongan yang menginginkan kelainan. Kereta ini memiliki bentuk yang cantik, enjin yang tahan lasak dan cirri-ciri keselamatan yang bagus kepada pemandu. Aston martin juga agak murah berbanding dengan Ferrari dan Bentley.

1 comment: