Wednesday, October 28, 2009

NAMA : HELMI BIN ALIAS
MATRIK : DP0708005

1) Nyatakan dengan jelas fungsi pengiklanan.

Pengiklanan ialah komunikasi bukan peribadi tentang maklumat yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang keluaran, barangan, perkhidmatan atau idea oleh penaja yang dikenal pasti dan dilakukan melalui pelbagai media. Memberi pengenalan kepada keluaran (barangan dan perkhidmatan) dan membezakannya daripada orang lain. Mengenal pasti dan dapat membezakan keluaran di pasaran melalui jenama, pembungkusan, harga dan sebagainya lagi. Menyampaikan maklumat tentang keluaran, ciri-cirinya, spesifikasi dan temapt jualan (bagi barangan).Menggalakkan pengguna mengguna keluaran baru dan mencadangkan penggunaan ulangan (melalui faedah-faedah yang ditonjolkan mendorong pengguna mencuba dan membeli). Mendorong jualan promosi; melalui insentif-insentif yang diberikan, seperti peraduan, potongan harga, kupon, rayuan iklan yang berulang dan sebagainya lagi. Mendorong pengguna membuat pembelian ulangan.Mmenggalakkan pengedaran sesuatu keluaran dengan penggalakkan pembelian dan permintaan bertambah mendorong peruncit/pemorong untuk membuat tempahan dan menyimpan stok.Membina keutamaan dan kesetiaan jenama (brand loyalty). wujud melalui kepuasan pengguna ke atas nilai, mutu, kualiti sesuatu keluaran itu.

1. Media 'above the line'
a) dianggap sebagai media utama (primary media)
b) dianggap sebagai media yang berbayar
c) media tergolong seperti: tv, radio, akhbar, majalah, billboard, dsb

2. Media 'below the line'
a) media sokongan yang tidak ada bayaran komisen
b) media yang murah dan efektif
c) penerangan lengkap tantang keluaran atau promosi
d) contoh; risalah, katalog, brochure, banner, banting, poster, mobile, flag line, belon, kaunter, dan lain-lain








2) Jelaskan kepentingan pengiklanan di dalam industri automotif.

kepentingan pengiklanan didalam industri automotif ialah untuk memperkenalkan model kenderaan yang dikeluarkan oleh syarikat permotoran didunia.Pengiklanan adalah "platform" untuk memperkenalkan produk yang dikeluarkan ke serata tempat.selain itu ia bertujuan untuk meningkatkan jualan semasa syarikat dan promosi dilihat sebagai satu alat jualan jangka pendek yang efektif serta membantu membezakan penawaran mereka. Membantu membina syer pasaran jangka panjang.Mendorong pengguna untuk mencuba satu keluaran baru. Mendorong kesetiaan jenama dan pembelian ulangan. Mengukuhkan kedudukan syarikat serta membina hubungan pelanggan untuk jangka panjang.


3) Mengapakah jenama-jenama mewah seperti Ferrari,Bentley dan aston martin tidak memilih media massa seperti surat khabar dan tv untuk mempromosi jenama mereka tetapi jualan kereta mereka begitu baik.

Jenama-jenama mewah seperti Ferrari,Bentley dan aston martin tidak memilih media massa seperti surat khabar dan tv untuk mempromosi jenama mereka tetapi jualan kereta mereka begitu baik kerana jenama kereta tersebut telah dikenali dan terkenal serata dunia dengan kehebatan yang ada pada kenderaan tersebut. Seperti Ferrari telah dikenali dengan kehebatannya dilitar f1. Dengan sendirinya promosi untuk kenderaan tersebut telah ditayangkan dalam perlumbaan yang dijalankan. Seperti mana juga dengan kereta bently dan aston martin kereta-kereta ini tidak perlu dipromosikan didalam media kerana kenderaan tersebut banyak digunakan oleh artis-artis luar atau orang kenamaan, dengan sendirinya promosi untuk kenderaan tersebut semakin laris.

1 comment: